Adegan ‘panas’: Zul Ariffin akan disiasat – Annuar Musa

Adegan ‘panas’: Zul Ariffin akan disiasat – Annuar Musa

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia susulan perkongsian pelakon tersebut di akaun media sosialnya yang memaparkan klip adegan ‘panas’ dalam sebuah drama baru-baru ini.

Jelas Annuar, perkongsian tersebut menyalahi undang-undang dan proses perundangan sedang dilakukan.

Malah, katanya, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.

“Proses undang-undang berjalan.

“Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana posting YouTube yang menyalahi undang-undang.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” ujarnya menerusi perkongsian di Twitter rasminya pada Selasa.

Terdahulu, Zul Ariffin tampil memohon maaf susulan video babak ‘panas’ yang tular tersebut.

Katanya, dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik kandungan di media sosial bagi mengelakkan kontroversi berulang.

Untuk rekod, video itu telah dipadamkan dari akaun media sosial Zul Ariffin.

-Astro Awani

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )