KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street mencatatkan penurunan, disokong sentimen domestik yang ma
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street mencatatkan penurunan, disokong sentimen domestik yang masih positif.
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.13 mata kepada 1,750.39 selepas dibuka rendah 1.84 mata kepada 1,746.42 berbanding 1,748.26 ketika ditutup semalam.
Di pasaran secara keseluruhan, kaunter untung dan rugi masing-masing mencatatkan 168 kaunter, 304 kaunter tidak berubah, 1,995 kaunter tidak diniagakan dan enam kaunter digantung. Jumlah dagangan sebanyak 156.18 juta saham bernilai RM88.01 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata, susulan kemerosotan prestasi semalaman Wall Street, pihaknya menjangkakan FBM KLCI akan turut terkesan. Bagaimanapun, perbezaan kadar faedah Amerika Syarikat-Malaysia yang menggalakkan serta aliran masuk asing yang positif dijangka menyokong ringgit, sekali gus menjadi petunjuk positif kepada segmen perbankan dan pengguna.
“Oleh itu, kami percaya Public Bank Bhd yang ketinggalan di belakang saham perbankan lain memberikan pendedahan kepada ringgit, manakala 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd dan Life Water Bhd merupakan proksi kepada tema Melawat Malaysia 2026, selain persekitaran kos input yang dijangka lebih rendah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Selain Sabah sebagai destinasi pelancongan strategik, firma itu berkata nisbah harga kepada pendapatan hadapan Life Water kekal rendah berbanding Spritzer Bhd, sekali gus menyediakan ruang mencukupi untuk peningkatan jangka pendek.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB menambah 6.0 sen kepada RM8.62, Tenaga Nasional naik 4.0 sen kepada RM14.16 dan IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM8.90, manakala Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM11.94 dan RM4.95.
Bagi saham aktif, Pharmaniaga naik setengah sen kepada 33 sen, MLABS Systems susut 1.5 sen kepada 3.0 sen dan TWL Holdings berkurangan 0.5 sen kepada 2.0 sen, manakala Malaysian Resources Corporation serta Pegasus Heights tidak berubah masing-masing pada 34 sen dan setengah sen.
Kaunter paling untung menyaksikan United Plantations meningkat 12 sen kepada RM29.30, GuocoLand (Malaysia) naik 10.5 sen kepada RM1.04 dan Malayan Cement melonjak 10 sen kepada RM8.35. Alliance Bank Malaysia serta Sunway Construction Group masing-masing menambah 6.0 sen kepada RM5.31.
Dalam kalangan kaunter paling rugi, Petronas Gas susut 24 sen kepada RM18.30, Petronas Dagangan merosot 8.0 sen kepada RM20.24 dan UWC berkurangan 7.0 sen kepada RM4.33, manakala MNRB Holdings serta PPB Group masing-masing turun 6.0 sen kepada RM2.40 dan RM11.04.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 13.63 mata kepada 12,610.95, Indeks FBM Emas naik 13.0 mata kepada 12,789.41 dan Indeks FBM Mid 70 melonjak 11.30 mata kepada 17,489.04. Indeks FBM Emas Shariah susut 0.61 mata kepada 12,296.96 manakala Indeks FBM ACE merosot 4.55 mata kepada 4,702.50.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 45.45 mata kepada 21,569.90, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.10 mata kepada 177.54, Indeks Perladangan naik 3.93 mata kepada 8,376.98 dan Indeks Tenaga melonjak 2.55 mata kepada 752.63.

