
15 kawasan di Kuala Lumpur alami gangguan air
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras di sini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook berkata, kerja-kerja pembaikan paip pecah dilaksanakan bermula jam 3 petang pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 pagi Isnin.
“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.
-Sinar Harian