Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac

HomeFeaturedBerita Semasa

Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac

ANKARA,. Flotila bantuan Global Sumud merancang untuk berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih lua

CENTCOM AS DAKWA LALUAN PERKAPALAN DIBUKA DI SELAT HORMUZ
Pengisytiharan turunkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak diiktiraf – MB
FINAS RESTORASI 150 JAM KHAZANAH AUDIOVISUAL, HIDUPKAN SEJARAH VISUAL NEGARA

ANKARA,. Flotila bantuan Global Sumud merancang untuk berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih luas, menurut pengumuman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pelepasan akan bermula dari lokasi bersejarah di Barcelona, diikuti oleh Tunisia, Itali dan pelabuhan lain di Mediterranean dan kali ini kami akan berlepas pada 29 Mac,” kata aktivis Global Sumud Sumeyra Akdeniz Ordu, dalam sidang media secara langsung dari Johannesburg, Afrika Selatan.

“Kali ini kami akan belayar bersama ribuan peserta, termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat dan profesional kesihatan.

“Kami akan membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang, yang menjadi perbezaan berbanding misi sebelumnya,” kata beliau.

— BERNAMA