Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sederhana dalam dagangan awal hari ini, namun jumlah dagangan dijangka kekal rendah apabila pelabur

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan
Bursa dibuka bercampur – campur Pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sederhana dalam dagangan awal hari ini, namun jumlah dagangan dijangka kekal rendah apabila pelabur terus berhati-hati menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Pada jam 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.01 mata kepada 1,750.86 selepas dibuka rendah 2.96 mata pada 1,747.89 berbanding paras penutupan 1,750.85 semalam.

Dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 251 berbanding 105, manakala 258 kaunter tidak berubah, 2,123 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 169.47 juta saham dengan nilai RM99.14 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks penanda aras mencatatkan penurunan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang minggu dagangan yang lebih singkat.

“Bagaimanapun, kami berpendapat jika indeks terus menyusut, ia memberikan peluang yang amat baik untuk membeli saham pada harga rendah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jumlah dagangan harian masih rendah dengan penyertaan pelabur runcit belum menunjukkan peningkatan, yang dapat dilihat menerusi aliran keluar bersih setakat ini melebihi RM2 bilion.

“Hari ini, kami menjangka indeks berada dalam julat 1,745 hingga 1,755,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM12.12, Public Bank kekal pada RM5.13, CIMB turun satu sen kepada RM8.52, Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM14.00, manakala IHH meningkat satu sen kepada RM8.74.

Bagi saham paling aktif, Hock Soon merosot lima sen kepada 55 sen, MAG naik 0.5 sen kepada 17 sen, VS Industry susut 1.5 sen kepada 39 sen dan Pharmaniaga turun satu sen kepada 31 sen.

Antara kaunter lain yang mencatatkan penurunan ialah Nestle yang susut 50 sen kepada RM110.10, Malaysian Pacific Industries berkurangan 46 sen kepada RM30.54, CI Holdings turun 12 sen kepada RM2.62 dan United Plantations menyusut 10 sen kepada RM29.52.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 turun 8.78 mata kepada 12,622.11, Indeks FBM Emas susut 14.78 mata kepada 12,790.66, Indeks FBM Mid 70 merosot 50.97 mata kepada 17,539.65, Indeks FBM Emas Shariah turun 16.81 mata kepada 12,244.82 dan Indeks FBM ACE susut 19.91 mata kepada 4,755.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 12.14 mata kepada 21,750.72, Indeks Perladangan turun 0.47 mata kepada 8,354.56, Indeks Tenaga naik 0.92 mata kepada 751.87 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.26 mata kepada 176.47.

–BERNAMA