Konsert Sulung Hael Husaini Live In KL, Diubah Tarikh Ke Tahun Hadapan

Konsert Sulung Hael Husaini Live In KL, Diubah Tarikh Ke Tahun Hadapan

Hael memberitahu, mengadakan konsert sulung adalah impiannya dan banyak yang ingin ditonjolkan dalam persembahannya itu nanti.

Tanpa sebarang alasan, konsert Hael Husaini Live In KL yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Disember ini telah ditunda ke tarikh baharu. Menurut siaran media daripada pihak penganjurnya iaitu Rockectfuel Entertainment, konsert sulung penggubah muzik dan penyanyi ini telah ditunda ke tarikh 19 Februari, bertempat di lokasi yang sama.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, pihak pengurusannya memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut. “Kepada setiap pembeli tiket konsert yang telah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula.

“Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang bertenaga, berkonsepkan ‘boogie shoes’ dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta ‘dance-along’ sepanjang konsert. “Pihaknya juga sangat menitikberatkan perasaan peminat Hael supaya tidak berasa kecewa kerana mahu berikan yang terbaik untuk malam konsert yang amat dinanti-nantikan tersebut.

“Terima kasih sekali saya ucapkan buat semua pihak kerana bersabar dengan penundaan ini, dan sekali lagi kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul,” katanya. Namun, pihak pengurusan tidak menyatakan sebab-sebab mengapa konsert Hael Husaini ini ditunda ke tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hael pula berkata, selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, mengadakan konsert sulungnya itu merupakan impiannya sejak dari dulu. “Banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival, saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal.

“Bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan konsert boleh diajukan kepada Joe Saiful di talian 012-204 8142.

– Getaran, 22 November 2022

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )