Harga minyak melonjak melepasi US$105 setelah Iran namakan Pemimpin Agung baharu

HomeFeaturedBusiness

Harga minyak melonjak melepasi US$105 setelah Iran namakan Pemimpin Agung baharu

ISTANBUL: Harga minyak mentah melonjak melepasi US$105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi US$108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan

Pelaburan Malaysia di Uzbekistan melebihi US$3 bilion
Harga Brent kekal lebih AS$100 setong jika kapal, prasarana tenaga terus diserang – OCBC
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

ISTANBUL: Harga minyak mentah melonjak melepasi US$105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi US$108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.

Pelantikan itu menyusuli kematian bapa beliau dalam satu serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini.

Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran di tengah-tengah ketegangan Asia Barat yang semakin memuncak.

Pasaran turut bimbang terhadap ketidakpastian yang menyelubungi Selat Hormuz, yang merupakan laluan transit minyak global yang kritikal.

Terdahulu pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa Mojtaba Khamenei telah dipilih sebagai Pemimpin Agung negara itu yang baharu.

–BERNAMA-Anadolu