PRN: Bersih, Astro Awani lancar Kempen #UndiLokal untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi

PRN: Bersih, Astro Awani lancar Kempen #UndiLokal untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi

KUALA LUMPUR — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), bersama Astro Awani, melancarkan kempen #UndiLokal untuk enam pilihan raya negeri (6PRN) pada Ogos 12.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi bagi PRN.

Data sejarah PRN yang tidak diadakan sempena Pilihan Raya Umum (PRU) menunjukkan peratusan keluar mengundi adalah 10-15% lebih rendah daripada PRU.

Kadar keluar mengundi untuk PRU15 ialah 74%, bermakna peratusan keluar mengundi untuk 6PRN mungkin sekitar 59-64%, jika kita tidak menyeru untuk peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi, dalam satu kenyataan media.

Naratif semasa yang digunakan oleh pihak bersaing dalam 6PRN adala pilihan raya ini menjadi referendum terhadap Kerajaan Perpaduan mengenai isu-isu seperti 3R (Kaum, Agama dan Raja), dan ekonomi. Kedua-dua belah pihak nampaknya berkempen dengan nada tersebut.

Kempen #UndiLokal berhasrat untuk mengembalikan tumpuan kepada sebab sebenar kita mengadakan PRN dengan menarik perhatian pengundi kepada isu negeri dan tempatan.

Hal ini penting memandangkan kerajaan negeri melantik ahli majlis, yang mana keputusan memberi kesan secara langsung kepada perkhidmatan, pembangunan dan perniagaan tempatan kita. Pendek kata, PRN adalah penting kerana ia secara langsung memberi kesan kepada kualiti hidup kita.

Matlamat kempen #UndiLokal adalah untuk mendorong peratusan keluar mengundi lebih tinggi sebanyak 70% atau lebih melalui naratif  – jika anda mahu pengurusan perkhidmatan, pembangunan dan perniagaan tempatan yang lebih baik, undilah kerajaan negeri yang lebih baik.

Hari ini kami mempunyai wakil daripada pelbagai kumpulan masyarakat sivil termasuk Endorsing NGO kami, kumpulan mahasiswa dan dengan kerjasama Astro Awani untuk menyuarakan keprihatinan kami terhadap isu tempatan dan negeri.

Untuk menguatkan mesej ini, kami menggesa orang ramai untuk menyertai seruan kami untuk #UndiLokal dengan melakukan perkara berikut:-

a) gunakan hashtag kempen; #VoteLokal dan #UndiLokal untuk menyuarakan isu tempatan di kawasan anda. Jangan lupa tag calon ADUN anda!
b) cipta poster/tiktok/video Youtube/artikel anda sendiri dan kongsi dengan hashtag di atas
c) menggalakkan rakan dan keluarga anda di enam negeri ini untuk keluar mengundi
d) like dan share kandungan media sosial BERSIH dan pautan berita berkaitan.

Demokrasi hanya akan bermakna apabila terdapat penyertaan massa dalam pilihan raya yang bersih dan adil. Jadikan undi anda penentu kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang lebih baik.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )