Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan

HomeFeaturedBerita Semasa

Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan komitmen untuk mengeratkan penyelarasan ketika ketegangan di Asia Barat kian memuncak.Dalam catatan

Ujian bertulis SPM bermula lancar di seluruh negara, calon terjejas bencana dibantu
Kerajaan belum muktamadkan kadar cukai karbon – Amir Hamzah
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL LANDA 10 NEGERI HINGGA 6 PETANG

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan komitmen untuk mengeratkan penyelarasan ketika ketegangan di Asia Barat kian memuncak.

Dalam catatan Facebook pada Khamis, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berkata beliau dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan yang membina menerusi panggilan telefon mengenai perkembangan terkini di Asia Barat pada Rabu.

Beliau berkata perbincangan itu meliputi risiko peningkatan, kesannya terhadap bekalan minyak global, dan keperluan untuk melindungi penghidupan dan kestabilan serantau.

Beliau menambah kerjasama akan diteruskan secara dua hala dan melalui blok serantau ASEAN.

“Singapura dan Malaysia akan terus berkoordinasi rapat dalam isu-isu yang penting bagi kedua-dua negara,” katanya.

Wong kini dalam lawatan kerja ke China dari 25 hingga 28 Mac untuk menghadiri Persidangan Tahunan Forum Bo’ao untuk Asia (BFA) 2026 di Hainan.

–BERNAMA