Dua mangsa disahkan maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar

Dua mangsa disahkan maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar

KAPAR,. Juruterbang dan seorang penumpang disahkan maut dalam kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas tengah hari tadi di Kampung Tok Muda di sini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit.

Katanya juruterbang dikenal pasti berusia 30an manakala penumpang awal 40an, dipercayai melakukan penerbangan rekreasi sebelum kejadian.

“Usaha mengeluarkan dua mangsa lelaki rakyat tempatan sedang dilakukan dan dijangka selesai kira-kira 10 malam ini, dan mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang),” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, pesawat itu menjunam di kawasan ladang kelapa sawit hingga menyebabkan 45 peratus badan pesawat terbenam ke dalam tanah.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )