BMW iX2 xDrive30 kini dibuka untuk tempahan

BMW iX2 xDrive30 kini dibuka untuk tempahan

KUCHING,. Orang ramai boleh melihat sendiri model baharu generasi kelima BMW teknologi eDrive, BMW iX2 xDrive30 spesifikasi M Sport yang kini sudah menerima tempahan orang ramai.

Ia boleh dilihat di Regas Premium Auto No 8 Jalan Tun Jugah, di sini.

Reka bentuk dan kemampuan BMW iX2 xDrive30 yang menakjubkan, menghangatkan pentas kenderaan elektrik dengan ciri-ciri canggih dan prestasi elektrik yang memukau menjadikannya pilihan ramai.

iX2 xDrive30 mempunyai sistem penggerak yang cemerlang dengan konfigurasi motor dua dan empat roda, menghasilkan kuasa 313 horsepower (hp) dan tork sebanyak 494 Nm.

BMW iX2 xDrive30.

Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5.6 saat, dengan kelajuan puncak yang terhad elektronik pada 180 km/j.

Sementara itu, BMW Malaysia telah mengumumkan bahawa tempahan untuk kereta elektrik BMW iX2, yang dijual di Malaysia dengan nama xDrive30, kini dibuka.

iX2 xDrive30 mempunyai harga permulaan sebanyak RM283,127.

Bahagian dalaman iX2 dilengkapi dengan reka bentuk kulit tiruan ‘Veganza’ dalam pelbagai kombinasi, termasuk Alcantara M hitam dengan jahitan kontras biru, berlubang hitam, berlubang Coral Red dan hitam, kombinasi berlubang Abu-Abu Atlas dan Putih Asap serta berlubang Mocha.

Sistem hiburan yang dikuasakan oleh Sistem Pengendalian BMW 9 mempunyai iDrive dengan Pembantu Peribadi Bijak dan sistem kawalan QuickSelect yang berdasarkan Projek Sumber Terbuka Android (AOSP).

Integrasi ini termasuk skrin utama yang diselaraskan semula dengan widget langsung yang boleh disesuaikan untuk akses cepat kepada ciri-ciri yang biasa digunakan seperti Peta BMW.

Selain itu, Proactive Care memberikan pemandu gambaran yang komprehensif tentang keperluan penyelenggaraan kenderaan.

BMW iX2 xDrive30 ditawarkan di Malaysia dalam tujuh pilihan warna luaran iaitu Merah Api, Biru M Portimau, Hitam Sapphire, Putih Alpine, Abu Langit, dan Abu M Brooklyn.

Jaminan lima tahun, tanpa had jarak tempuh dengan servis berjadual percuma, jaminan bateri lapan tahun, 160,000km, akses kepada BMW Service Online, Bantuan Jalan BMW dan talian hotline kemalangan semuanya termasuk dalam pakej yang akan diterima pembeli iX2.

Sementara itu, Regas Premium Auto turut mengadakan ceramah keselamatan jalan raya kepada pengguna motosikal berkuasa tinggi di premis mereka.

Ceramah disampaikan oleh wakil dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

–Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )