Lapan negara Islam kecam aktiviti penempatan haram Israel, keganasan terhadap rakyat Palestin

HomeFeaturedBerita Semasa

Lapan negara Islam kecam aktiviti penempatan haram Israel, keganasan terhadap rakyat Palestin

ISLAMABAD,. Lapan negara majoriti Islam pada Khamis mengecam kelulusan Israel terhadap lebih 30 penempatan haram baharu serta peningkatan keganasan pe

Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
Permohonan pengampunan Najib ditangguh, Agong perkenan bebaskan 65 banduan – BHEUU
MINDEF laksana penambahbaikan perolehan aset ATM, ikuti syarat ditetap MOF

ISLAMABAD,. Lapan negara majoriti Islam pada Khamis mengecam kelulusan Israel terhadap lebih 30 penempatan haram baharu serta peningkatan keganasan pendatang terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, lapor Xinhua.

Menteri-Menteri Luar Pakistan, Mesir, Turkiye, Indonesia, Jordan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu menyifatkan kelulusan penempatan baharu itu sebagai “pelanggaran nyata undang-undang antarabangsa”, selain mengecam serangan terbaharu terhadap sekolah dan kanak-kanak Palestin.

Menurut menteri-menteri itu dalam kenyataan bersama, tindakan sedemikian menjejaskan penyelesaian dua negara serta usaha damai.

Mereka turut mengecam pencerobohan berulang kali oleh pendatang haram Zionis dan menteri pelampau ke kawasan Masjid Al-Aqsa dengan mendapat perlindungan polis Israel.

Menteri-menteri itu juga menegaskan semula sokongan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.

–BERNAMA-XINHUA