
Pemandangan Bukit kepayang diwaktu malam memang menarik sekali.
SEREMBAN,. Mendaki Bukit Kepayang sebab tak ramai yang tahu lokasi tempat yang terletak di Taman Bukit Kepayang, Seremban 2 hence the name trail Bukit Kepayang, nampak tempat ni macam boleh naik disebabkan pernah ternampak ada ada sahaja Orang naik keatas bukit tersebut semalam baru berpeluang untuk naik keatas mwncuba sendiri.
Untuk Trail sikit mendaki Bukit Kepayang ni ada 3 laluan naik. Pertama dari laluan kenderaan yg laluan masuknya sebelum simpang ke Bukit Kepayang jika dari arah Mantau, Kedua daripada tepi jalan tempat parking Bukit Kepayang dan ketiga di belakang Kepayang Heights.
Laluan dari Kepayang Heights ni bagi agak menyeksakan jugak Laluan dari bawah ke atas puncak walaupun Tali dah disediakan untuk bantu sesiapa untuk naik ke atas.
Banyak kali juga beberapa pendaki berhenti untuk ambik angin untuk naik ke atas tu. Dalam 10 minit juga baru sampai View, kalau dah sampai ke puncak memang tidak dapat disangkal lagi boleh terus nampak kejalan Highway PLUS, dan ada yang nampak arah Seremban 2.sememangnya agak menarik juga kalau bersantai bersama – sama kawan dan keluarga sememngnya kalau permandangan diwaktu malam sungguh menakjubkan.
kepada penggemar aktiviti mendaki ini satu cara untuk amatur memulakan dengan kekesukaran yang tidak seberapa sesiapa sahaja boleh mendakinya untuk permulaan cari tempat yang rendah – rendah dulu untuk latih ketahanan mental dan fizikal apa bila ketempat yang lebih mencabar lagi.
–GERBANGPOST