Suspek insiden tembak di Rumah Putih dalam tahanan

HomeFeaturedBerita Semasa

Suspek insiden tembak di Rumah Putih dalam tahanan

WASHINGTON,. Seorang individu telah ditahan susulan insiden tembakan pada majlis makan malam wartawan Rumah Putih di Washington, DC, kata Presiden Ame

Polis tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM13.8 juta, enam lelaki ditahan
Ismail Gariskan tiga teras utama pentadbiran baharu Negeri Sembilan
Thailand akan wajibkan piawaian keselamatan bagi kenderaan elektrik

WASHINGTON,. Seorang individu telah ditahan susulan insiden tembakan pada majlis makan malam wartawan Rumah Putih di Washington, DC, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Malam yang agak luar biasa di DC. Perkhidmatan Rahsia dan penguat kuasa melakukan kerja yang hebat. Mereka bertindak pantas dan berani. Penembak telah ditangkap,” menurut Trump pada platform Truth Social beliau.

Kenyataan itu dibuat selepas presiden dan isteri, Melania Trump, dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton susulan insiden berkaitan keselamatan.

Dalam hantaran berasingan, Trump berkata Wanita Pertama, Naib Presiden JD Vance dan semua anggota Kabinet, “dalam keadaan baik.” “Kami akan bercakap dengan anda dalam masa setengah jam. Saya telah bercakap dengan semua wakil yang bertanggungjawab bagi acara itu, dan kami akan menjadualkan semula majlis dalam masa 30 hari,” tambahnya.

Menurut Perkhidmatan Rahsia seorang individu berada dalam tahanan. “Keadaan mereka yang terlibat belum diketahui, dan pihak berkuasa sedang giat menilai situasi,” katanya.

–BERNAMA-Anadolu