Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami

HomeFeaturedJenayah

Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami

SHAH ALAM,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pengasas sebuah program motivasi rumah tang

PRN Negeri Sembilan: 173 permohonan permit ceramah, kempen diluluskan setakat ini – Polis
Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemukan Di Pasar Seni
Polis tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM13.8 juta, enam lelaki ditahan

SHAH ALAM,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati dan suaminya yang dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap.

“Kita percaya dua suspek masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya.

Shazeli berkata demikian pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Pada 14 November tahun lepas, Shazeli berkata pengasas program motivasi kontroversi eHATI dan suaminya dipercayai melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah.

Semasa itu, pasangan tersebut dipercayai berada di sebuah negara di Asia Tenggara.

–BERNAMA