“Sebelum menukar nama, kena fahami sejarahnya dulu” – Sultan Selangor

“Sebelum menukar nama, kena fahami sejarahnya dulu” – Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah menyarankan agar orang yang ingin mengubah nama Universiti Putra Malaysia (UPM) memahami dan mengkaji sejarah sebelum membuat keputusan.

Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil dari nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin hebat negara ini. Ia juga nama singkatan sempena “pertanian untuk rakyat (PUTRA)’ .

Bagi betitah demikian semasa Majlis Konvokesyen UPM yang ke-48 pada hari Sabtu.

Kenyataan ini dibuat selepas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mencadangkan agar nama UPM ditukar semula kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Mohamad berkata, ia dianggap lebih sesuai dengan keutamaan sekarang mengenai isu keselamatan makanan dan pertanian.

Nama UPM ditukar pada tahun 1997 untuk menunjukkan bahawa ia adalah universiti yang menawarkan pelbagai bidang pengajian.

Namun, ia masih berperanan penting dalam bidang pertanian melalui program seperti kecerdasan buatan (AI) dan pertanian pintar.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )