Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

KUANTAN,. Seorang pekebun kerugian RM120,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan lumayan bulan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.

“Mangsa kemudian membuat tiga transaksi ke tiga akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya berjumlah RM120,000, namun tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )