DETIK BERSEJARAH: TNB Pacu Peralihan Tenaga ASEAN Dengan Export Sulung TBB Ke Singapura

DETIK BERSEJARAH: TNB Pacu Peralihan Tenaga ASEAN Dengan Export Sulung TBB Ke Singapura

Satu detik bersejarah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memulakan eksport pertama bekalan tenaga boleh baharu (TBB) ke Singapura pada 11:30 pagi ini pada 13 Disember. Ini mengukuhkan komitmen teguh TNB untuk mempercepatkan transformasi tenaga ASEAN.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), menyaksikan kejayaan besar ini di Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional atau Pusat Muatan & Penghantaran Nasional (NLDC) TNB yang terletak di Ibupejabat TNB di Bangsar, Kuala Lumpur.

Bekalan elektrik merentasi sempadan dua negara ini dicapai dalam tempoh empat hari selepas TNB dan syarikat pengimport bekalan elektrik berlesen Singapura, Sembcorp Power Pte Ltd menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) pada 9 Disember 2024.

Singapura bersetuju untuk mengimport 50 megawatt (MW) tenaga hijau dengan Sijil TBB (REC). Proses bidaan yang dijalankan oleh Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu menghasilkan 50MW tenaga hijau.

Urusniaga ini merupakan sebahagian daripada Skim Jualan Elektrik Rentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu (CBES RE) yang sejajar dengan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG) dan matlamat peralihan tenaga Malaysia.

“Eskport bekalan TBB degan RECs ke Singapura adalah sebahagian dari inisiatif PETRA di bawah Skim CBES RE. Ianya berjaya dilaksanakan dengan sokongan dan usaha sama antara Suruhanjaya Tenaga, Grid System Operator, Single Buyer yang mengendalikan ENEGEM, dan Sembcorp,” kata Akmal Nasrullah.

Export tenaga hijau ke Singapura ini memperteguhkan lagi usaha sedia ada negara anggota ASEAN untuk mencapai APG, yang menyasarkan sistem bekalan tenaga yang mampan dan saling berhubung di rantau ini. Malaysia berhasrat untuk mempercepatkan penggunaan tenaga hijau di rantau ini sebagai pemacu APG, dan ia sedang aktif berinteraksi dengan rakan-rakan ASEAN lain untuk mendorong pelaksanaan APG, yang akan meningkatkan saling hubung dan keselamatan bekalan tenaga antara ASEAN.

“PETRA yakin bekalan tenaga hijau antarabangsa ini akan menyokong aspirasi peralihan tenaga negara dan menyumbang kepada komitmen Malaysia dalam menerajui inisiatif integrasi bekalan elektrik rantau ini menerusi APG, yang merupakan sebahagian daripada agenda utama negara selaku pengerusi ASEAN-Malaysia in 2025.”

Sebelum itu, Akmal Nasrullah diberikan taklimat mengenai bekalan TBB merentasi sempadan oleh Ketua Grid System Operator (GSO) TNB, Ir. Shanmugam Thoppalan.

Pada masa yang sama, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, dengan 50MW tenaga yang dieskport, TNB dan pemain industri elektrik lain akan digalakkan untuk melabur dalam TBB berskala besar. Ini akan meningkatkan lagi usaha Malaysia untuk mengurangkan tahap karbon dioksida.

Kapasiti bekalan elektrik antara Malaysia dan Singapura yang sedia ada adalah 1,000MW. Dari jumlah ini, 300MW diberikan kepada Skim CBES RE, manakala 200MW diberikan kepada Fasa 2 Projek Integrasi Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power (LTMSPIP).

Hanya 50MW yang dieksport di bawah CBES RE buat masa ini.”

Sambil menegaskan bahawa TNB sedang menerajui APG, beliau berkata bekalan sulung 50MW itu mencerminkan kesungguhan syarikat utiliti itu untuk mempercepatkan matlamat tenaga lestari ASEAN dan memperkukuhkan integrasi tenaga di rantau ini. “Kami kekal komited dalam matlamat kami meletakkan Malaysia sebagai pemacu utama perdagangan tenaga hijau di rantau ASEAN.”

-gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )