Anwar mengesahkan ada berbincang mengenai Tengku Zafrul untuk menyertai PKR.

Anwar mengesahkan ada berbincang mengenai Tengku Zafrul untuk menyertai PKR.

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa ada perbincangan awal mengenai penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk menyertai parti PKR.

Perdana Menteri berkata beliau dan PKR bersedia untuk berbincang atau berunding dengan sesiapa sahaja.

Prinsip PKR adalah terbuka. Ada pemimpin kami yang pernah jadi Setiausaha Agung Amanah, ada pemimpin DAP yang jadi calon kami, dan ada pemimpin kami yang jadi calon DAP.

“PKR selama ini memang memberi peluang tetapi berunding dengan cara yang baik, itulah situasinya sekarang. ”

“Tengku Zafrul juga berada dalam keadaan yang sama. Kita tidak menafikan bahawa budaya kita (PKR) tidak pernah mengajak orang untuk menyertai parti. ”

“Tapi kita boleh berbincang dan parti ini terbuka. ada juga bekas UMNO,” katanya kepada pemberita selepas Kongres Khas PKR di sini pada hari Ahad.

Anwar tidak memberitahu siapa orang yang terlibat dalam perbincangan itu.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This