MAQIS Pulau Pinang telah merampas 27 tan sosej yang bernilai lebih RM37,000.

MAQIS Pulau Pinang telah merampas 27 tan sosej yang bernilai lebih RM37,000.

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang telah merampas 27 tan sosej sejuk beku yang bernilai RM37,617 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara hari ini.

MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataannya mengatakan bahawa pemeriksaan terhadap sebuah kontena dari China mendapati dokumen importnya mengelirukan. Pengimport mengisytiharkan bahawa barang yang dibawa masuk adalah dari jenis Usus Sotong Beku.

Keputusan analisis sampel menggunakan kaedah DNA menunjukkan bahawa barang tersebut mengandungi DNA ayam, dan ini tidak sama dengan apa yang dinyatakan.

“Kemasukan sosej tanpa pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal boleh mengakibatkan risiko makanan berasaskan haiwan yang mungkin tidak selamat dan tidak halal,” kata kenyataan itu.

Kes ini sedang disiasat berdasarkan Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )