Orang Asli Lemas Di Tasik Bera, Mayat Ditemukan Selepas Operasi Pencarian

Orang Asli Lemas Di Tasik Bera, Mayat Ditemukan Selepas Operasi Pencarian

Seorang lelaki Orang Asli, Sabri Juaram, 49, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Tasik Bera semalam, ditemukan lemas pagi ini. Mayatnya dijumpai pada pukul 10:05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kira-kira tiga kilometer dari Pangkalan Kampung Putat.

Ketua Polis Daerah Bera, Supt Zulkiflee Nazir, mengesahkan bahawa operasi pencarian yang dimulakan semalam melibatkan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan penduduk kampung, telah ditamatkan pada 12:30 tengah hari.

Sabri, yang juga seorang penoreh getah, terjatuh ke dalam tasik ketika menaiki bot bersama isteri dan anak perempuannya, dalam perjalanan menyeberangi tasik dari Kampung Putat ke Pangkalan Kampung Benal, Pos Iskandar, Bera. Mayatnya dibawa ke Hospital Bera untuk tindakan lanjut.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This