Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini walaupun prestasi Wall Street semalaman ditutup bercampur-campur.Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bur

Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini walaupun prestasi Wall Street semalaman ditutup bercampur-campur.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.00 mata kepada 1,729.71 daripada 1,727.71 semasa ditutup semalam. Indeks penanda aras itu dibuka 5.17 mata lebih tinggi kepada 1,732.88.

Bagaimanapun, sentimen pasaran secara keseluruhan kekal berhati-hati apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 211 berbanding 205, manakala 329 kaunter tidak berubah, 1,959 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 224.06 juta saham bernilai RM135.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila indeks Nasdaq dan S&P 500 merosot susulan jualan berterusan saham teknologi akibat kenaikan harga minyak mentah serta hasil bon.

“Hasil bon 10 tahun Amerika Syarikat (AS) turut susut sedikit kepada 4.585 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus menyusut apabila keyakinan pelabur terjejas berikutan data ekonomi China bagi April yang lebih rendah daripada jangkaan, dengan jualan runcit mencatat pertumbuhan paling perlahan sejak Disember 2022,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, beliau berkata FBM KLCI ditutup rendah di bawah paras 1,730 mata semalam, sekali gus memberi ruang kepada dana asing untuk terus mengurangkan pegangan mereka.

“Kami melihat pelabur kini cenderung mengelakkan risiko buat sementara waktu dan dijangka mengambil peluang membeli pada harga rendah apabila indeks menghampiri paras 1,700 mata atau lebih rendah.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,720 hingga 1,735 hari ini,” katanya.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam sentimen penghindaran risiko dengan menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB meningkat tiga sen kepada RM7.83, Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM14.56, Public Bank susut dua sen kepada RM4.81 dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM9.04, manakala Maybank kekal pada RM11.08.

Bagi saham aktif, Oppstar meningkat tiga sen kepada 96 sen, TT Vision dan Pharmaniaga masing-masing naik satu sen kepada 35 sen dan 25 sen, manakala GIIB dan TWL tidak berubah pada 30.5 sen dan 2.5 sen.

Antara kaunter paling untung ialah Sunway Construction yang melonjak 34 sen kepada RM7.44, 99 Speed Mart Retail naik 18 sen kepada RM3.46, Hong Leong Industries menokok 14 sen kepada RM18.62, Westports meningkat 13 sen kepada RM6.11 dan Petronas Gas naik 12 sen kepada RM17.96.

Bagi kaunter paling rugi pula, Nestle susut 88 sen kepada RM94.52, UMS Integration turun 51 sen kepada RM7.89, Hong Leong Bank merosot 18 sen kepada RM21.80, Sam Engineering & Equipment berkurangan 15 sen kepada RM4.51 dan Malaysian Pacific Industries turun 10 sen kepada RM43.10.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.34 mata kepada 12,816.11, Indeks FBM Top 100 naik 10.16 mata kepada 12,652.90, Indeks FBM Emas Shariah menambah 11.68 mata kepada 12,760.75 dan Indeks FBM ACE meningkat 0.59 mata kepada 4,720.64.

Bagaimanapun, Indeks FBM Mid 70 susut 4.31 mata kepada 18,373.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.54 mata kepada 20,110.86, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.01 mata kepada 198.65, Indeks Tenaga merosot 2.66 mata kepada 804.41 dan Indeks Perladangan rendah 16.93 mata kepada 8,590.99.

SUMBER;

–BERNAMA