PTPTN Komited Bantu Peminjam Selesaikan Hutang Secara Fleksibel

PTPTN Komited Bantu Peminjam Selesaikan Hutang Secara Fleksibel

KUALA LUMPUR, 12 April 2025 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus menyediakan pelbagai pendekatan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan berempati bagi membantu peminjam menyelesaikan hutang pinjaman pendidikan mereka.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), langkah ini sejajar dengan nilai Ihsan yang menjadi teras Malaysia MADANI, sekaligus memastikan peluang pendidikan tinggi kekal inklusif dan mampan untuk generasi masa depan.

Kerajaan turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengkaji semula kadar pinjaman dan terma pembayaran balik, dalam usaha mengurangkan beban kewangan peminjam serta menangani tunggakan pinjaman yang kini mencecah RM11 bilion daripada keseluruhan hutang RM40 bilion.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )