Kestabilan Teras Ketahanan Ekonomi Negara, Tegas Anwar

Kestabilan Teras Ketahanan Ekonomi Negara, Tegas Anwar

KUCHING, 20 April 2025 — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar bersama-sama mempertahankan kestabilan negara bagi memastikan Malaysia terus mampu bertahan dalam menghadapi cabaran luar yang tidak dijangka.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh langkah terkini Presiden AS Donald Trump yang mengenakan tarif sehingga 24 peratus ke atas barangan Malaysia.

“Kalau ekonomi tak stabil, kalau negeri tak tersusun, macam mana nak hadapi tekanan sebegini? Kita mesti jaga struktur dalam negara terlebih dahulu,” katanya ketika Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak.

Anwar menjelaskan bahawa daya tahan dan daya saing negara bukan dibina hanya melalui dasar luar, tetapi bermula dengan kekukuhan dalam negeri sendiri.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )