
Perpaduan Rakyat Asas Ketahanan Negara – Dr Wan Azizah
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menekankan bahawa kestabilan dan kekuatan dalaman negara bergantung sepenuhnya kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam suasana aman dan saling menghormati.
Menurut beliau, perpaduan yang kukuh ini membolehkan Malaysia memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN dan menjadi penyumbang kepada keamanan serantau.
“Kita perlu terus mempertahankan nilai-nilai keharmonian ini agar Malaysia kekal stabil dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bandar Tun Razak.