
Ho Hup Construction diklasifikasi sebagai syarikat PN17
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan Ho Hup Construction Company Bhd diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencetuskan kriteria di bawah Perenggan 2.1(f) PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Bursa Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata pengklasifikasian berkenaan berdasarkan pengumuman Ho Hup pada 18 April 2025.
Pada tarikh itu, syarikat tersebut menyatakan anak syarikatnya gagal membayar kemudahan pinjaman tertunggak berjumlah RM112.69 juta.
“Bursa Securities akan terus memantau perkembangan Ho Hup Construction berkaitan dengan pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama,” katanya.
— BERNAMA