Jemaah haji dinasihatkan elak pendedahan langsung kepada matahari

HomeFeaturedBerita Semasa

Jemaah haji dinasihatkan elak pendedahan langsung kepada matahari

ARAFAH,. Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mengeluarkan amaran mengenai kenaikan suhu secara beransur-ansur di Arafah.Ia bertepatan dengan penuru

Putera Harry, Meghan Markle ‘terkejut’ terima peringatan Istana Buckingham mengenai status mereka
Trump akui ‘perbincangan sangat baik’ sedang berlangsung dengan Iran
Sultan Pahang yakin pendidikan tahfiz mampu lahirkan pakar, pemimpin dalam bidang strategik

ARAFAH,. Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mengeluarkan amaran mengenai kenaikan suhu secara beransur-ansur di Arafah.

Ia bertepatan dengan penurunan ketara tahap kelembapan, yang mungkin meningkatkan sensasi haba dan kekeringan di atmosfera, terutamanya pada waktu siang, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Pusat itu menggesa jemaah haji supaya mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari dan seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari kawasan terbuka.

Pusat berkenaan juga menekankan kepentingan berada di kawasan teduh atau tertutup dan mengikut arahan serta garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan mereka semasa ibadah haji.

–BERNAMA-SPA