Azeem Fahmi catat 10.13 saat, hampiri rekod kebangsaan

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Azeem Fahmi catat 10.13 saat, hampiri rekod kebangsaan

KUALA LUMPUR,. Jaguh pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian bertenaga apabila mencatatkan 10.13 saat (s) dalam acara 100 me

ANAK KRAKATAU: TIGA KAPAL PERANG TERLIBAT PENCARIAN WARTAWAN, KRU BOT
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi – Menteri Luar
PUTERA HARRY, KUMPULAN PIHAK MENUNTUT DIPERINTAH BAYAR KOS PERUNDANGAN US$13 JUTA

KUALA LUMPUR,. Jaguh pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian bertenaga apabila mencatatkan 10.13 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan NCAA East First Round di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan atlet kelahiran Perak berkenaan kini berada di landasan tepat untuk mencabar semula rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada 2022.

Catatan dibuat itu juga merupakan rekod terbaik musim ini buat pelumba berusia 22 tahun berkenaan, dengan beliau turut menamatkan saingan pusingan pertama di kedudukan ke-12 daripada keseluruhan 47 pelari yang mengambil bahagian.

Pencapaian tersebut sekali gus mengesahkan slot buat Muhammad Azeem untuk beraksi di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Sementara itu, Olahraga Malaysia (MA) menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya berharap Muhammad Azeem terus fokus dalam perjuangannya dengan mengingatkan bahawa badan induk tersebut sentiasa teguh di belakangnya dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

SUMBER;

–BERNAMA