Kaamatan, Gawai perkukuh persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI – Fahmi

HomeFeaturedBerita Semasa

Kaamatan, Gawai perkukuh persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI – Fahmi

KUALA LUMPUR,. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan menguku

FERGUS BANGGA JARING GOL KEMENANGAN, HARAP HARIMAU MALAYA KEKAL MOMENTUM POSITIF
Feri percuma sempena Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Agong
Konflik Asia Barat: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas berlangsung, hasil dibentang Jumaat ini

KUALA LUMPUR,. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, beliau berharap sambutan itu dapat mempererat semangat kekeluargaan, perpaduan, membawa kegembiraan, keberkatan dan rasa syukur dalam kalangan rakyat.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Gayu Guru Gerai Nyamai. Selamat Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya,” katanya.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazan-Dusun, Murut dan Rungus di Sabah hari ini dan esok, manakala Hari Gawai pula disambut pada 1 dan 2 Jun oleh masyarakat Dayak di Sarawak.

Kedua-dua perayaan itu sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

SUMBER;

–BERNAMA