Amirudin Yakin Kemenangan di Sabah Kukuhkan Mandat Anwar Hingga PRU-16

Amirudin Yakin Kemenangan di Sabah Kukuhkan Mandat Anwar Hingga PRU-16

KOTA KINABALU, 18 Mei – Datuk Seri Amirudin Shari berkata kemenangan dalam PRN Sabah ke-17 akan menjadi pemangkin kepada penerusan mandat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal kedua selepas PRU ke-16.

Menurut beliau, kesatuan antara PH, BN dan GRS perlu diterjemahkan melalui jentera akar umbi yang berkesan agar Kerajaan Perpaduan dapat mengekalkan momentum sokongan rakyat.

“Kita bina kekuatan melalui perpaduan. Sabah akan jadi contoh bahawa gabungan ini boleh terus diberi kepercayaan oleh rakyat,” ujarnya dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya negeri.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )