Tunggakan sewa PPR, PA DBKL memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan – Datuk Bandar

Tunggakan sewa PPR, PA DBKL memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan – Datuk Bandar

KUALA LUMPUR,. Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat PPR Bestari di Projek Perumahan Rakyat PPR/PA, diadakan di Desa Rejang pada Ahad.
turut hadir pada program tersebut Datuk Bandara Kuala Lumpur,Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa,
Juga diadakan sesi townhall bersama penduduk bagi menjawab segala persoalan yang ingin dajukan kepada DBKL, dan juga PDRM.

Berbagai isu telah diajukan kepada DBKL, Oleh penduduk dari persatuan gabungan PA/PPR dan juga dari penduduk setempat tentang bagai mana mengatasi masaalah berbangkit DBKL,menyeru kepada semua penduduk yang mana ada bergitu banyak tunggakan sewa tidak dijelaskan perlu dijelaskan bagi menlancarkan operasi penyelengaraan PA/dan PPR.


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Beliau berkata pihak DBKL mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya mengunci bekalan air, mengeluarkan notis, menganjurkan program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk penyewa.

“Langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik,” katanya pada sesi TownHall tersebut ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat ‘PPR Bestari’ di sini hari ini.


Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, juga berkata DBKL sedang mempertimbang untuk menjual unit-unit PPR dan PA kepada penyewa yang mempunyai kemampuan kewangan yang mana sebelum ini telah dihentikan menjawab dari soalan dari penduduk PA Desa Rejang.

“Memang pada 2015 telah ada satu keputusan untuk membekukan (penjualan) namun saya telah melihat semula keputusan itu dan jika penyewa betul-betul ada kemampuan, kita boleh menjualnya,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh orang ramai ketika sesi dialog awam dalam program itu, antaranya berhubung isu sampah, trafik dan penyalahgunaan dadah.kepada DBKL dan PDRM.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )