PRN Negeri Sembilan: Ahmad Zahid nafi manifesto BN tiru parti lain

HomeFeaturedPolitik

PRN Negeri Sembilan: Ahmad Zahid nafi manifesto BN tiru parti lain

PORT DICKSON,. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa manifesto BN yang dilancar Jumaat meniru manifes

Ismail ikrar junjung amanah, kepercayaan rakyat laksana pentadbiran adil dan telus
PRN NS: Polis, tentera tunai tanggungjawab undi awal hari ini
PRN Negeri Sembilan: BN mungkin tidak kekalkan pendekatan ‘kerusi tradisi’ – Mohamad

PORT DICKSON,. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa manifesto BN yang dilancar Jumaat meniru manifesto parti lain.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata manifesto berkenaan merupakan kesinambungan agenda yang telah digariskan BN sebelum ini dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

“Tidak timbul soal copy-paste (manifesto) kerana dari 2004 hingga 2018, manifesto itu telah kami garapkan dan ini dilakukan untuk improvisasi daripada apa yang telah sedia ada.

“Kita nak melakukan kesinambungan terhadap agenda yang tergendala sebelum ini apabila kita tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan (negeri) pada 2018,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Lukut, di sini, semalam.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.

— BERNAMA