Mahkamah Rusia Denda GOOGLE US$92,000 Atas Dua Kes Gagal Padam Kandungan Haram

HomeFeaturedTeknologi Dan Inovasi

Mahkamah Rusia Denda GOOGLE US$92,000 Atas Dua Kes Gagal Padam Kandungan Haram

MOSCOW,. Mahkamah Tagansky di Moscow mengenakan dua denda berjumlah 7.6 juta rubel (US$92,000) ke atas syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS

Usahawan Melayu digesa perkasa perniagaan melalui platform digital – INSKEN
Hubungan Bahrain-Malaysia terus diperkukuh
PBB sambut baik langkah Iran buka Selat Hormuz ketika gencatan

MOSCOW,. Mahkamah Tagansky di Moscow mengenakan dua denda berjumlah 7.6 juta rubel (US$92,000) ke atas syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google kerana gagal memadamkan maklumat yang dilarang di Rusia, lapor wartawan RIA Novosti pada Rabu.

“Google didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Artikel 13.41 Bahagian 2 Kanun Pentadbiran Rusia (kegagalan memadamkan maklumat yang dilarang di wilayah Rusia) dan didenda 3.8 juta rubel,” kata hakim semasa mengumumkan keputusan bagi kes kedua.

Dua prosiding pentadbiran difailkan terhadap syarikat itu di bawah artikel yang sama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan sebanyak 7.6 juta ruble.

Badan pemantau media Rusia, Roskomnadzor, berulang kali mengarahkan Google untuk memadamkan kandungan dilarang, namun syarikat itu gagal mematuhinya, yang membawa kepada prosiding pentadbiran berkenaan.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI