AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI, LABUAN HINGGA 4 PETANG

HomeFeaturedBerita Semasa

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI, LABUAN HINGGA 4 PETANG

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri serta Wilayah

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 – Perangkaan
BAE SYSTEMS RANCANG KURANGKAN SEHINGGA 1,070 PEKERJA DI UK
TEKNOLOGI NUKLEAR BANTU KESELAMATAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Johor di Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah bagi kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunandan Tenom), Pantai Barat (Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Sementara itu, di Sarawak kawasan yang terjejas ialah Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Miri, Subis, Beluru dan Marudi), Mukah (Mukah, Dalat dan Matu).

— BERNAMA