SINGAPURA CATAT PENINGKATAN KES INFLUENZA.

HomeFeaturedBerita Semasa

SINGAPURA CATAT PENINGKATAN KES INFLUENZA.

SINGAPURA,. Singapura mencatatkan peningkatan kes influenza, dengan kadar positif meningkat kepada 36.6 peratus pada minggu 16 hingga 22 Ogos 2026, be

PROJEK KEDIAMAN DI MELAKA LALUI SEMAKAN NILAI HARGA JUALAN SEBELUM DIBINA – AB RAUF
Pelancaran global filem Taj Mahal bukti Malaysia hab budaya, diplomasi serantau – Anwar
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah

SINGAPURA,. Singapura mencatatkan peningkatan kes influenza, dengan kadar positif meningkat kepada 36.6 peratus pada minggu 16 hingga 22 Ogos 2026, berbanding 24 peratus pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), tiada petunjuk bahawa jangkitan itu lebih serius daripada biasa.

“Tahap positif influenza semasa masih berada di bawah paras tertinggi tahun lepas iaitu 43.9 peratus yang dicatatkan pada Januari 2025. CDA sedang memantau keadaan,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut CDA, data pemantauan kebangsaan Singapura menunjukkan virus influenza bermusim menular sepanjang tahun, dengan tempoh aktiviti lebih tinggi biasanya direkodkan antara Mei hingga Ogos serta Disember hingga Mac.

Dua kemuncak aktiviti ini secara umumnya bertepatan dengan musim sejuk di Hemisfera Utara dan Selatan, namun masanya mungkin berbeza dari tahun ke tahun disebabkan faktor seperti perjalanan antarabangsa dan corak percampuran penduduk, tambah agensi itu.

Agensi tersebut turut menasihati individu berisiko tinggi mendapat jangkitan influenza yang teruk serta golongan rentan yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada supaya mendapatkan vaksinasi influenza sekurang-kurangnya sekali setahun.

— BERNAMA