ADUN Asahan turut membantu kempen Barisan Nasional untuk PRN Johor

Tangkak – Ahad 27 Mac. Atas semangat perpaduan, YB Fairuz Nizam Roslan, ADUN Asahan, Melaka turut turun padang membantu jentera Barisan Nasional Johor dalam berkempen untuk PRN pada 12 Mac ini.

Beliau mengatakan atas dasar tanggungjawab dan setiakawan membuatkan beliau terpanggil untuk memberikan kerjasama yang termampu. Beliau akan membantu DUN Sungai Balang.

Keutamaan juga diutamakan pada kawasan Ledang atas mengenangkan ahli dan pemimpin parti di kawasan tersebut juga banyak membantu beliau pada masa belia bertanding dalam PRN Melaka yang lepas.

Beliau juga mengharapkan agar pengundi Johor akan memilih dengan bijak seperti pengundi Melaka yang memilih Barisan Nasional untuk kemakmuran dan kestabilan.

Dan beliau juga menyeru untuk pengundi muda turut sama mengundi dan berharap pengundi muda akan dapat menilai kestabilan negeri Johor semasa dalam kepimpinan Barisan Nasional dan akan terus menyokong Barisan nasional untuk kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat Johor.

– Faizal Mohamed

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )