ADUN Chini Abu Bakar Harun meninggal dunia

ADUN Chini Abu Bakar Harun meninggal dunia

KUANTAN,. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan berita pemergian Abu Bakar menerusi muat naik status di akaun Facebook rasminya pagi ini.

“Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

Sumber Facebook wanrosdyOfficial

Abu Bakar menjadi ADUN Chini selama tiga penggal sejak PRU-11.

Pada PRU-14 lalu Allahyarham menang dengan mendapat 10,027 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithanin (1,065).

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)