AEON bantu keluarga yang memerlukan sempena Aidilfitri

AEON bantu keluarga yang memerlukan sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR,. Selama 20 tahun, Kumpulan Syarikat AEON di Malaysia telah melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan melalui Yayasan AEON Malaysia. Di antaranya, membawa kanak-kanak ke cawangan AEON di seluruh negara untuk membeli-belah baju raya sekeluarga.

Menurut AEON Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata Program itu melibatkan seramai 2,000 sehingga 2,500 penerimapada setiap sambutan perayaan (daripada perayaan Hari Raya Cina sehingga perayaan Hari Natal).

Untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin semasa situasi Covid-19, fokus program AEON Mesra pada tahun ini telah ditukarkan kepada pemberian Kad Prepaid AEON Member Plus (AMP) untuk 1,000 keluarga ibu/bapa tunggal.

Jumlah yang dikreditkan sebanyak RM300 untuk setiap ibu atau bapa tunggal, boleh dibelanjakan di mana-mana pusat beli belah AEON di seluruh negara, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memetik Datin Yasmin Merican, Presiden Yayasan AEON Malaysia sebagai berkata Program AEON Mesra merupakan salah satu program yang dinanti-nantikan oleh setiap staf dan sukarelawan AEON.

Memandangkan pihaknya tidak dapat membawa kanak-kanak ke pusat beli belah AEON atas faktor kesihatan dan keselamatan, pihaknya telah menyumbangkan bantuan raya tahun ini melalui kad AMP kepada ibu atau bapa mereka.
“Kami harap dengan sumbangan seperti ini, misi Yayasan AEON memberi keceriaan dan kegembiraan kanak-kanak di musimperayaan dapat diteruskan.

” Kami harap dengan bantuan kewangan yang diberikan ini dapat meneruskan lagi misi kami melalui program AEON Mesra yang diadakan setiap tahun” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)