AEONÂ Malaysia ceriakan 150 murid dengan kelengkapan persekolahan
KUCHING,. AEON Credit Services (M) Bhd hari ini menyuntik keceriaan kepada 150 murid Sekolah Kebangsaan RPR Batu Kawa menerusi sumbangan barangan kelengkapan persekolahan.
Pengerusinya Ng Eng Kiat berkata sumbangan itu bukan sahaja meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan, malah sebagai pembakar semangat untuk murid belajar bersungguh-sungguh.
“Usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pendidikan berkualiti dan bandar serta komuniti yang mampan,” katanya semasa sidang media selepas program ‘Kembali ke Sekolah’ di sini.
Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen.
Program ‘Kembali ke Sekolah’ merupakan inisiatif kementerian dalam usaha meringankan beban rakyat khususnya ibu bapa menjelang musim persekolahan.
— BERNAMA