AGC wartakan undang-undang Kawalan Penyakit Berjangkit semasa fasa kedua PKP

AGC wartakan undang-undang Kawalan Penyakit Berjangkit semasa fasa kedua PKP

KUALA LUMPUR,. Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mewartakan undang-undang Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2020 semasa fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dilanjutkan dari 1 hingga 14 April.

AGC dalam kenyataan media malam ini berkata bagi fasa ketiga PKP, yang dilanjutkan dari 15 hingga 28 April, jabatan itu sedang menyediakan undang-undang berkenaan.

Jabatan itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan seorang peguam Datuk N.Sivananthan dalam artikel “New gazette needed to enforce phase 3 of MCO, says Bar” yang disiarkan sebuah portal hari ini.

Artikel itu, antara lain, menyebut bahawa AGC telah mewartakan undang-undang itu semasa fasa pertama PKP yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac, bagaimanapun, ia tidak diwartakan bagi fasa kedua dan ketiga PKP.

Peguam itu berkata tanpa warta tersebut, kelihatan seolah-olah tiada lanjutan PKP sejak 1 April lepas.

Kenyataan AGC turut menyenaraikan empat undang-undang yang berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 hingga 14 April 2020 iaitu;

1)Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2020

2)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)

3)Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 2) (Pindaan) 2020

4) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-Kesalahan) (Pindaan) (No 2) 2020.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)