Ageson akan jual pasir kepada Boyijun resources untuk RM117 juta

Ageson akan jual pasir kepada Boyijun resources untuk RM117 juta

KUALA LUMPUR,. Anak syarikat milik penuh Ageson Bhd, Esa Pile Sdn Bhd telah menerima Surat Hasrat (LOI) untuk penjualan pasir semula jadi kepada Boyijun Resources (HK) Ltd dengan nilai kontrak US$26.6 juta (RM116.8 juta) sehingga Disember 2021, dengan pilihan untuk dilanjutkan.

Kumpulan pembinaan dan pembangunan hartatanah itu berkata perjanjian itu akan membolehkan syarikat itu terus berkembang kedudukannya, meningkatkan keuntungan dan nilai pemegang saham serta mewujudkan peluang perniagaan yang sinergi pada masa depan.

“LOI itu dijangka akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan, pendapatan sesaham perusahaan di masa depan dan meningkatkan aset bersih syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sebelum bulan Disember tahun lepas, Ageson dikenali sebagai Prinsiptek Corporation Bhd.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )