Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis yang bermula pada pukul 3 petang itu dihadiri kira-kira 3,000 tetamu termasuk menteri-menteri Kabinet, duta-duta asing, pegawai kanan kerajaan serta penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan musikal oleh orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pasangan diraja itu turut berkenan meluangkan masa hampir 45 minit bersalaman, beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu jemputan.

Majlis itu diakhiri dengan acara memotong kek oleh Seri Paduka.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )