Ahmad Idham ‘angkat kaki’ dari Finas bukan kerana kontroversi Netflix – Gobind

Ahmad Idham ‘angkat kaki’ dari Finas bukan kerana kontroversi Netflix – Gobind

KUALA LUMPUR,. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.

“Tidak, saya tidak rasa ada kena mengena.

“Apa yang boleh saya katakan ialah permohonan beliau untuk menamatkan kontrak lebih awal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif telah diserahkan, dan Lembaga Pengarah Finas telah meluluskannya,” kata Gobind.

Gobind juga memaklumkan belum mempunyai calon untuk menggantikan tempat Ahmad Idham.
“Mungkin kami akan berbincang tentang hal itu minggu depan. Tengok dulu macam mana,” tambahnya.

Ahmad Idham yang dilantik sebagai CEO Finas pada Mac lalu, menjadi perbualan apabila mencadangkan agar kandungan penstriman melalui platform digital seperti Netflix dipantau.

Semalam, Finas mengumumkan Ahmad Idham akan melepaskan kerusi CEO bermula 10 Mac depan, atas alasan peribadi.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )