Aktiviti Peminta Sedekah Di Ibu Kota Harus Dibendung.

Aktiviti Peminta Sedekah Di Ibu Kota Harus Dibendung.

KUALA LUMPUR,. Sendikit peminta sedekah di sekitar bandara Kuala lumpur boleh dikatakan mereka ini sentiasa sahaja berada dimana sahaja lokasi kedai makan tepi jalan ke Restoran dan di serata kawasan tumpuan dalam bandar ini.

Adakah mereka ini benar – benar orang yang susah atau ada sendikit melindungi mereka.

Cara mereka macam bekerja tepat pada waktunya mereka akan sampai di sesuatu kawasan di sekitar kemudian mereka akan terus keluar dan ada pasangan lain pula akan tiba dengan cara yang sama bawak seorang pembantu dan mereka menghulurkan tisu sahaja sebagai ganti kepada sedekah orang ramai kepada mereka.

Ada kemungkinan kita akan jumpa mereka disekitar kuala lumpur, Dan ada juga warga asing terlibat sama kawasan tumpuan mereka seperti di Bukit Bintang disana mungkin mereka boleh dapat sedekah dengan lebih banyak lagi menurut kata seorang kepada wartawan Gerbangpost.

peminta sedekah warga asing

Pekara ini telah banyak kali menjadi isu tetapi kenapa mereka ini tidak dapat di bendung ada sebahagian pelancung kadang2 merasa tidak selesa bila mereka ingin bersama keluarga atau kawan – kawan makan bersama ada orang datang meminta sedekah di setiap meja didalam Restoran atau dimana sahaja.

Pernah juga ada berita seorang pengemis warga asing mampu meraih RM8,500 sebulan daripada hasil aktiviti tersebut di lokasi tumpuan ramai termasuk dalam kalangan pelancong asing sekitar ibu negara.

Hanya bermodalkan lakonan yang kelihatan nyata tentang kesusahan dan penderitaan yang mereka alami, mampu menarik simpati masyarakat untuk menghulurkan wang.

memang Rakyat Malaysia ini pemurah dan cepat kesian tapi ianya amatlah tidak sihat dimata pelancung yang berada di negara kita untuk menikmati hari – hari mereka di negara kita.

Bagi sesetengah masyarakat, tidak salah memberikan sedikit wang kepada pengemis yang dianggap orang yang berada dalam kesempitan, tanpa mereka sedar golongan terbabit hanya mengambil kesempatan dengan kemuliaan hati rakyat negara ini.

Mungkin masyarakat tidak sedar, dengan menghulurkan sedekah kepada golongan pengemis yang mengambil kesempatan ini, secara tidak langsung mereka terus menggalakkan aktiviti tersebut terus subur dan sukar dibendung.

Dalam hal ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu selalu memantau aktiviti menjalankan operasi pembersihan pengemis di sekitar bandar atau di seluruh negara ini, terutamanya di Kuala Lumpur dari masa ke semasa.

Mungkin juga kita boleh mengeluarkan garisan kepada peniaga gerai atau Restoran untuk menghalang mereka dari masuk ke permis peniagaan mereka untuk mengelakan rasa tidak selesa pelanggan mereka jika ada yang melarang bermakna mereka ini ada sendikit yang mengawalnya.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )