Alami dunia Batman di Sunway Pyramid

Alami dunia Batman di Sunway Pyramid

KUALA LUMPUR,. Pengunjung Sunway Pyramid berpeluang menikmati pengalaman “The Batman” di kolam air pancut di tingkat bawah kompleks beli belah itu, bermula Selasa hingga 20 Mac ini.

Menurut Sunway Pyramid dalam kenyataan semalam, ia adalah satu-satunya tarikan berkaitan Batman yang diadakan di Malaysia, bersempena filem Batman terbaharu yang akan ditayangkan di panggung wayang hari ini.

“Peminat Batman tidak boleh ketinggalan, kerana ia menampilkan Batman Corner, The Riddler Corner, Gotham City, permainan, pelbagai aktiviti, hadiah dan produk eksklusif Batman.

“Perjumpaan ‘kumpulan adiwira DC’ akan turut diadakan setiap Ahad melibatkan pemain cosplay yang akan berpakaian sebagai wira dan penjahat,” katanya.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi figura Batman bersaiz sebenar, setinggi tujuh kaki, yang dibawa dari Jerman dan dihasilkan eksklusif untuk Sunway Pyramid.

Menurut kenyataan itu, pelbagai pertandingan di media sosial akan turut dianjurkan sepanjang acara tersebut di laman Facebook Sunway Pyramid.

Orang ramai berpeluang menjadi salah seorang pemenang yang membawa pulang set Funko Pop, produk eksklusif Batman, tiket menonton filem, permainan video Batman, Hot Wheels dan barangan Typo, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)