Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara

Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seluruh negara sehingga pagi semalam.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang; Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Kemaman di Terengganu; Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor; Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Pahang.

Di Sabah, kawasan yang diramalkan terlibat ialah Pedalaman (Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat iaitu Papar dan Ranau, Sandakan (Tangod) manakala di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat adalah Sarikei.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )