“Amat pedih” apabila perhimpunan kaum Melayu dikatakan sebagai rasis, kata Dr Mahathir

“Amat pedih” apabila perhimpunan kaum Melayu dikatakan sebagai rasis, kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau merasa amat pedih apabila perhimpunan kaum Melayu dituduh sebagai rasis, semasa kumpulan etnik lain boleh mengadakan perhimpunan bagi membincangkan hal ehwal mereka.

Katanya beliau menghadiri Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, Selangor pada 6 Okt lepas, kerana beliau adalah seorang Melayu.

“Saya merasa amat pedih, memikirkan bahawa dalam negara sendiri penduduk asalnya tidak disokong untuk mengadakan perhimpunan tanpa dituduh sebagai rasis,” katanya menerusi blog http://chedet.cc/ today.

Perdana Menteri berkata beliau amat terkejut apabila beliau dinasihatkan supaya tidak hadir Kongres itu bagi membincangkan maruah mereka.

“Jelas sekali mereka mengambil berat terhadap kemungkinan mereka kehilangan maruah, walau apa juga maknanya. Seperti biasa ada pandangan yang ekstrem, tapi secara keseluruhan, ia seimbang,” katanya merujuk kepada perhimpunan yang disertai oleh ribuan hadirin, termasuk pemimpin-pemimpin dan wakil parti-parti politik Melayu, ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dr Mahathir berkata: “Tidak boleh begitu,,, semasa lain-lain kumpulan etnik boleh mengadakan perhimpunan bagi membincangkan hal ehwal mereka, kaum Melayu pula tidak boleh, perhimpunan mereka dikatakan rasis.

“..dan sekarang ada pula tuntutan supaya perancang perhimpunan, yang dari kaum Melayu itu supaya dipecat kerana hadir.”

Beliau berkata tahap toleransi penduduk asal di Malaysia inilah yang menjadikan perhimpunan yang dikhususkan kepada kumpulan etnik yang berbeza, diterima sebagai sesuatu yang menjadi kebiasaan.

Dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa, etnik diiktiraf sebagai sah serta biasa, dan kaum yang bukan penduduk asal diterima sebagai warganegara.

“Malah, sejuta penduduk bukan asal diberikan taraf kewarganegaraan walaupun mereka sebenarnya tidak layak,” dan menambah adalah menjadi perkara lazim bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan kad pengenalan negara dari tempat asal usul mereka, walaupun sudah berada dalam negara ini dan memegang kerakyatan selama tiga generasi.

“Mereka tidak mahu kehilangan identiti kaum mereka. Mereka malah manifestasi hubungan etnik ini menerusi bahasa, kebudayaan, sekolah dan pertubuhan-pertubuhan etnik. Mereka sering mengadakan mesyuarat yang dihadkan hanya untuk kumpulan etnik mereka sahaja. Kadangkala saya akan dijemput untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat ini dan diminta menyampaikan ucaptama,” kata Dr Mahathir.

“Di negara-negara lain yang memiliki pelbagai kaum, anda lihat kumpulan bukan penduduk asal ini menampilkan diri mereka sebagai warganegara seperti penduduk tempatan secara keseluruhannya. Mereka mengguna pakai bahasa dan kebudayaan penduduk tempatan dan memutuskan terus hubungan dengan negara yang asal usul mereka. Mereka malah menukar nama mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata semasa negara yang pernah menjadi jajahan negara-negara Eropah mencapai kemerdekaan, banyak diskriminasi dikenakan kepada penduduk bukan asal negara itu, malah ada antara mereka terpaksa meninggalkan negara berkenaan, manakala yang lainnya diserang dengan kejam.

“Ia tidak berlaku di negara ini,” katanya dan menambah “Sekarang sudah pasti saya akan dilabel sebagai rasis kerana penulisan ini,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )