Angkasawan amatur maut roket ciptaan sendiri terhempas

Angkasawan amatur maut roket ciptaan sendiri terhempas

LOS ANGELES,. Seorang angkawasan amatur yang bertekad mahu membuktikan Bumi ini leper terbunuh, apabila roket ciptaannya sendiri terhempas dalam satu insiden di California, lapor Science Channel.

“Michael ‘Mad Mike’ Hughes meninggal dunia dalam keadaan penuh tragik, Sabtu lalu menerusi cubaan untuk melancarkan roket buatan sendiri.

“Kami turut berduka dan berharap keluarga mendiang tabah menerima dugaan ini,” kata saluran itu, yang juga sebahagian daripada Discovery Channel di Twitter.

Hughes, 64, yang juga pelakon lagak ngeri memasukkan dirinya sendiri ke dalam roket berkuasa wap yang dibina di bahagian belakang rumahnya di Barstow, California, sebelum melancarkan alat berkenaan.

Pembinaan roket itu turut mendapat tajaan beberapa jenama.

Dalam kenyataan kepada media tempatan, Hughes berkata, beliau mahu membuktikan bahawa Bumi tidak berbentuk bulat, tetapi leper seperti Frisbee.

Jurucakap mendiang, Darren Shuster dalam kenyataan kepada Los Angeles Times bagaimanapun berkata, dakwaan Hughes itu hanya sekadar satu tarikan untuk meraih publisiti.

“Saya tidak fikir beliau percaya dengan teori itu. Hughes memiliki beberapa teori konspirasi. namun jangan terkeliru dengan isu Bumi ini leper. Ia adalah cubaan meraih publisiti yang dirancang,” katanya.

Imej pelancaran berkenaan, yang dilakukan di padang pasir sambil disaksikan penonton, turut tersebar luas di media sosial, semalam.

Sebuah payung terjun dapat dilihat keluar daripada roket, sebaik ia dilancarkan, sebelum pesawat terbabit berpusing dan terhempas beberapa ratus meter dari tapak pelancaran di Barstow, 180 kilometer di timur laut Los Angeles. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)