Anwar jumpa Muhyiddin buat kali pertama selepas kerajaan PN dibentuk

Anwar jumpa Muhyiddin buat kali pertama selepas kerajaan PN dibentuk

PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lepas.

Pertemuan selama 45 minit antara calon perdana menteri Pakatan Harapan dan bekas pemimpin kanan gabungan itu membincangkan mengenai langkah menangani wabak Covid-19.

Dalam pertemuan di pejabat perdana menteri itu, Muhyiddin menjelaskan langkah-langkah yang diambil pentadbirannya, dan Anwar membangkitkan soal penyampaian maklumat “yang mesti telus” dan meningkatkan keupayaan ujian penyakit.

“Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi,” kata presiden PKR itu di Facebook.

Katanya lagi, Muhyiddin juga menyentuh cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah berkait Covid-19.

“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam PH serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” katanya.

Source : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/14/anwar-jumpa-muhyiddin-buat-kali-pertama-selepas-kerajaan-pn-dibentuk/

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )