
Anwar Tegaskan Keperluan Ekonomi Kukuh, Umum Pelantikan Wan Rosdy
BESERAH, 12 April 2025 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Pantai Batu Hitam menjadi pentas penting Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyampaikan beberapa amanat utama kepada rakyat, termasuk mengumumkan pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Penasihat Khas kepada MPUPK.
Anwar turut menyentuh isu tarif antarabangsa yang diperkenalkan Amerika Syarikat serta menyeru rakyat agar bersatu dan fokus dalam membangunkan ekonomi negara agar kekal berdaya saing dan mampu membantu negara-negara Islam lain yang memerlukan.
“Kita tak boleh tolong Gaza kalau negara kita papa kedana. Kita mesti jadi negara Islam yang kuat, aman dan bersatu,” katanya.
Anwar juga menafikan dakwaan bahawa negeri Terengganu dianaktirikan, sambil memberi jaminan bahawa bantuan kepada negeri tersebut jauh melebihi pentadbiran terdahulu.